Terima kasih kerana melayari blog ini. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan maklumat berkaitan bahan pengurusan pentaksiran dan peperiksaan awam. Peperiksaan yang telibat adalah UPSR, PT3, SPM, CEFR, STAM, SPMU, MUET, STPM, SVM dan peperiksaan luar negeri (Bahasa Jepun dan Bahasa Jerman/Bahasa Peranchis). Sebagai makluman juga, blog ini hanya menyediakan dokumen yang berkaitan dengan pengurusan peperiksaan di Negeri Selangor dan khususnya untuk Daerah Hulu Selangor.
Untuk makluman semua, pendaftaran bagi semua peperiksaan awam pada tahun ini akan bermula pada 01 Mac sehingga 31 Mac 2020. Semua peperiksaan mesti didaftarkan dalam tempoh ini. Selepas tamat tempoh ini, TIADA lagi pendaftaran untuk peperiksaan.
Saya juga berusaha untuk menyediakan semua dokumen yang berkaitan bagi memudahkan pihak tuan puan yang memerlukannya.
Pihak tuan puan juga boleh menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor bagi mendapatkan makluman yang berkaitan. Nombor yang boleh dihubungi adalah :
Pejabat : 03 6065 1100
Pegawai Peperiksaan : 03 6065 1107 (Pegawai Meja)
Tuan/puan juga boleh menghubungi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) bagi mendapatkan maklumat berkaitan peperiksaan atau pentaksiran. Taliannya ialah 03 - 5518 6120.
No comments:
Post a Comment