Wednesday, February 6, 2019

PANDUAN KERJA PENGURUSAN PEPERIKSAAN SPM

1. PENDAFTARAN CALON LEWAT / CICIR

- Pendaftaran secara manual : Tarikh mula 01 April tahun peperiksaan sehingga menjelang Peperiksaan Bertulis SPM Bermula (Dokumen & bayaran)

  • Kepilkan surat permohonan pendaftaran calon lewat / cicir sekolah.
  • Borang pendaftaran calon sekolah. Borang LP/PENDAFTARAN (No pusat dan No Kelas hendaklah ditulis) : 
    • Salinan I/C
    • Surat bersekolah semula
    • Markah kerja kursus / PBS ) jika pendaftaran selepas kemasukan markah secara atas talian telah tamat)
    • Bayaran RM30.00 bagi permohonan calon lewat. Bayaran dilakukan dalam bentuk kiriman wang/ wang pos atas nama 'AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA'. 
    • Calon hanya dibenarkan untuk mengambil 6 mata pelajaran teras sahaja
  • Hantar ke PPD dengan segera.              

*Nota : Pada bahagian belakang kiriman wang / wang pos ditulis nama calon dan nombor telefon bimbit.

2. PERMOHONAN PEMBATALAN / PENANGGUHAN PENDAFTARAN

- Permohonan secara manual : Tarikh mulai 01 April tahun peperiksaan sehingga bulan Oktober tahun peperiksaan.

  • Kepilkan surat permohonan pembatalan/penangguhan dari sekolah
  • Kepilkan surat permohonan pembatalan/penangguhan daripada penjaga calon
  • Isikan borang permohonan pembatalan/penangguhan LP/Am 75 Pin. 1/2015
    • Kenyataan semakan calon
    • Salinan IC
    • Dokumen hospital atau surat sokongan dari doktor (Jika mempunyai masalah kesihatan)
  • Hantar ke PPD dengan segera.
3. PERMOHONAN PEMBETULAN MATA PELAJARAN

- Permohonan secara atas talian : 01 April - 15 April tahun peperiksaan ( Tiada bayaran )
  • Tanpa dokumen
- Permohonan secara atas talian : 16 April - 15 Mei tahun peperiksaan. (Dikenakan bayaran)
  • Kepilkan surat iringan sekolah
  • Mencetak dari sistem atas talian ( Laporan pembetulan)
    • Senarai permohonan pembetulan mata pelajaran
    • Bayaran pembetulan mata pelajaran 
  • Bayaran RM30.00 bagi menggugur dan RM30.00 bagi menambah setiap mata pelajaran. Bayaran dilakukan dalam bentuk kiriman wang / wang pos atas nama 'AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA'. 
*Nota : Pada bahagian belakang kiriman wang / wang pos ditulis nama calon dan nombor telefon bimbit.

- Selepas 25 April tahun peperiksaan TIADA PEMBETULAN MATA PELAJARAN seperti dinyatakan dalam borang pendaftaran SPM calon sekolah ( Pengakuan calon ).

     Laman web sistem atas talian : http://sppat.moe.gov.my
     Laman web LP : http://lp.moe.gov.my

4. PEMBETULAN MAKLUMAT PERIBADI

- Permohonan secara atas talian : 01 April - 15 April tahun peperiksaan (Tiada bayaran).
  • Tanpa dokumen
- Permohonan secara atas talian : 16 April - 15 Mei tahun peperiksaan. (Dikenakan bayaran)
  • Kepilkan surat iringan sekolah.
  • Mencetak dari sistem atas talian (Laporan pembetulan)
    • Senarai permohonan pembetulan maklumat peribadi.
  • Bayaran RM30.00 bagi permohonan pembetulan maklumat. Bayaran dilakukan dalan bentuk kiriman wang / wang pos atas nama 'AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA'.  
*Nota : Pada bahagian belakang kiriman wang / wang pos ditulis nama calon dan nombor telefon bimbit.
         

     Laman web sistem atas talian : http://sppat.moe.gov.my
     Laman web LP : http://lp.moe.gov.my

5. PERMOHONAN PINDAH PUSAT 

- Permohonan secara atas talian : Tarikh mula Pindah Pusat pada 01 April tahun peperiksaan dan berakhir Pindah Pusat pada 15 Mei tahun peperiksaan.

  • Sekolah asal calon wajib mengisi secara atas talian perpindahan calon tersebut.
  • Kepilkan surat iringan sekolah.
  • Borang pindah pusat 6 salinan,
  • Surat kelulusan berpindah.
  • Kenyataan semakan calon.
  • Bayaran RM25.00. Bayaran dilakukan dalan bentuk kiriman wang / wang pos atas nama 'AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA'.
  • Pengesahan pindah secara atas talian akan dilakukan oleh JPN setelah calon melaporkan diri di sekolah baharu.
*Nota : Pada bahagian belakang kiriman wang / wang pos ditulis nama calon dan nombor telefon bimbit.

     Laman web sistem atas talian : http://sppat.moe.gov.my
     Laman web LP : http://lp.moe.gov.my

6. PERMOHONAN PINDAH MENUMPANG

- Permohonan secara manual : Tarikh mula Pindah Menumpang 16 Mei tahun peperiksaan sehingga Peperiksaan Bertulis SPM Bermula.

    • Kepilkan surat iringan sekolah
    • Borang pindah 6 salinan
    • Surat kelulusan berpindah
    • Kenyataan semakan calon
    • Bayaran RM25.00 . Bayaran dilakukan dalan bentuk kiriman wang / wang pos atas nama 'AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA'. 
*Nota : Pada bahagian belakang kiriman wang / wang pos ditulis nama calon dan nombor telefon bimbit.





No comments:

Post a Comment

JADUAL WAKTU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2020

Saya juga menyediakan jadual waktu untuk UPSR 2019.(JADUAL UPSR 2020 MASIH BELUM ADA) 1. Jadual Waktu UPSR 2019 - Calon biasa     (Klik ...