Thursday, January 24, 2019

BARU PERTAMA KALI NAK AMBIL SPM

Bagaimana caranya jika baru pertama kali nak ambil SPM ?

Boleh. Kena daftar minimum enam(6) subjek teras. Subjeknya ialah

1. 1103 Bahasa Melayu
2. 1119 Bahasa Inggeris
3. 1223 Pendidikan Islam
4. 1225 Pendidikan Moral - Bagi calon bukan Islam
5. 1249 Sejarah
6. 1449 Mathematics
7. 1511 Science

Berapa bayarannya :

1. Bayaran asas :

    UPSR - RM10.00
    PT3    - RM65.00
    SPM   - RM20.00
    STAM - RM50.00

2. Bayaran Ikut Matapelajaran :

    1119 Bahasa Inggeris SPM - RM20.00
    Mata Pelajaran SPM Tanpa PBS - RM10.00 setiap subjek
    Mata Pelajaran SPM dengan PBS - RM12.00 setiap subjek
    Mata Pelajaran STAM - RM25.00 setiap subjek
    STAM Luar Negera sahaja - RM200.00

*NOTA: Ini adalah bayaran tahun 2018. Pada tahun ini,  2019, nilai bayaran masih sama. Jumlah sepenuhnya akan didapati setelah tuan/puan membuat pendaftaran secara 'online'. Arahan sepenuhnya akan terdapat pada laman semasa calon melakukan pendaftaran.


3. Bayaran hendaklah disediakan dalam bentuk  Kiriman Wang dan Wang Pos. Bayaran ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. 

*NOTA: Pastikan nama calon dan nombor telefon bimbit ditulis  pada bahagian belakang wang pos.








SELAMAT DATANG KE LAMAN MAKLUMAN PEPERIKSAAN AWAM 2020

Salam semua.

Terima kasih kerana melayari blog ini. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan maklumat berkaitan bahan pengurusan pentaksiran dan peperiksaan awam. Peperiksaan yang telibat adalah UPSR, PT3, SPM, CEFR, STAM, SPMU, MUET, STPM, SVM dan peperiksaan luar negeri (Bahasa Jepun dan Bahasa Jerman/Bahasa Peranchis). Sebagai makluman juga, blog ini hanya menyediakan dokumen yang berkaitan dengan pengurusan peperiksaan di Negeri Selangor dan khususnya untuk Daerah Hulu Selangor.

Untuk makluman semua, pendaftaran bagi semua peperiksaan awam pada tahun ini akan bermula pada 01 Mac sehingga 31 Mac 2020. Semua peperiksaan mesti didaftarkan dalam tempoh ini. Selepas tamat tempoh ini, TIADA lagi pendaftaran untuk peperiksaan.

Saya juga berusaha untuk menyediakan semua dokumen yang berkaitan bagi memudahkan pihak tuan puan yang memerlukannya. Di samping itu, borang atau dokumen juga akan disediakan secara 'hard-copy'. Salinan secara 'hard-copy' ini boleh di dapati di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor.

Bagi makluman tuan/puan, Borang Pendaftaran TIDAK lagi disediakan secara 'hard copy'. Semua permohonan adalah melalui atas talian. (on-line).

Pihak tuan puan juga boleh menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor bagi mendapatkan makluman yang berkaitan. Nombor yang boleh dihubungi adalah :

Pejabat : 03 6065 1100
Pegawai Peperiksaan : 03 6065 1107 (Pegawai Meja)

Tuan/puan juga boleh menghubungi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) bagi mendapatkan maklumat berkaitan peperiksaan atau pentaksiran. Taliannya ialah 03 - 5518 6120.




JADUAL WAKTU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2020

Saya juga menyediakan jadual waktu untuk UPSR 2019.(JADUAL UPSR 2020 MASIH BELUM ADA) 1. Jadual Waktu UPSR 2019 - Calon biasa     (Klik ...