1. PENDAFTARAN CALON LEWAT / CICIR
- Pendaftaran secara manual : Tarikh mula 01 April tahun peperiksaan sehingga menjelang Peperiksaan Bertulis SPM Bermula (Dokumen & bayaran)
- Kepilkan surat permohonan pendaftaran calon lewat / cicir sekolah.
- Borang pendaftaran calon sekolah. Borang LP/PENDAFTARAN (No pusat dan No Kelas hendaklah ditulis) :
- Salinan I/C
- Surat bersekolah semula
- Markah kerja kursus / PBS ) jika pendaftaran selepas kemasukan markah secara atas talian telah tamat)
- Bayaran RM30.00 bagi permohonan calon lewat. Bayaran dilakukan dalam bentuk kiriman wang/ wang pos atas nama 'AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA'.
- Calon hanya dibenarkan untuk mengambil 6 mata pelajaran teras sahaja.
- Hantar ke PPD dengan segera.
*Nota : Pada bahagian belakang kiriman wang / wang pos ditulis nama calon dan nombor telefon bimbit.
2. PERMOHONAN PEMBATALAN / PENANGGUHAN PENDAFTARAN
- Permohonan secara manual : Tarikh mulai 01 April tahun peperiksaan sehingga bulan Oktober tahun peperiksaan.
- Kepilkan surat permohonan pembatalan/penangguhan dari sekolah
- Kepilkan surat permohonan pembatalan/penangguhan daripada penjaga calon
- Isikan borang permohonan pembatalan/penangguhan LP/Am 75 Pin. 1/2015
- Kenyataan semakan calon
- Salinan IC
- Dokumen hospital atau surat sokongan dari doktor (Jika mempunyai masalah kesihatan)
- Hantar ke PPD dengan segera.
3. PERMOHONAN PEMBETULAN MATA PELAJARAN
- Permohonan secara atas talian : 01 April - 15 April tahun peperiksaan ( Tiada bayaran )
- Permohonan secara atas talian : 16 April - 15 Mei tahun peperiksaan. (Dikenakan bayaran)
- Kepilkan surat iringan sekolah
- Mencetak dari sistem atas talian ( Laporan pembetulan)
- Senarai permohonan pembetulan mata pelajaran
- Bayaran pembetulan mata pelajaran
- Bayaran RM30.00 bagi menggugur dan RM30.00 bagi menambah setiap mata pelajaran. Bayaran dilakukan dalam bentuk kiriman wang / wang pos atas nama 'AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA'.
*Nota : Pada bahagian belakang kiriman wang / wang pos ditulis nama calon dan nombor telefon bimbit.
- Selepas
25 April tahun peperiksaan
TIADA PEMBETULAN MATA PELAJARAN seperti dinyatakan dalam borang pendaftaran SPM calon sekolah
( Pengakuan calon ).
Laman web sistem atas talian :
http://sppat.moe.gov.my
Laman web LP :
http://lp.moe.gov.my
4. PEMBETULAN MAKLUMAT PERIBADI
- Permohonan secara atas talian : 01 April - 15 April tahun peperiksaan (Tiada bayaran).
- Permohonan secara atas talian : 16 April - 15 Mei tahun peperiksaan. (Dikenakan bayaran)
- Kepilkan surat iringan sekolah.
- Mencetak dari sistem atas talian (Laporan pembetulan)
- Senarai permohonan pembetulan maklumat peribadi.
- Bayaran RM30.00 bagi permohonan pembetulan maklumat. Bayaran dilakukan dalan bentuk kiriman wang / wang pos atas nama 'AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA'.
*Nota : Pada bahagian belakang kiriman wang / wang pos ditulis nama calon dan nombor telefon bimbit.
Laman web sistem atas talian :
http://sppat.moe.gov.my
Laman web LP :
http://lp.moe.gov.my
5. PERMOHONAN PINDAH PUSAT
- Permohonan secara atas talian : Tarikh mula Pindah Pusat pada 01 April tahun peperiksaan dan berakhir Pindah Pusat pada 15 Mei tahun peperiksaan.
- Sekolah asal calon wajib mengisi secara atas talian perpindahan calon tersebut.
- Kepilkan surat iringan sekolah.
- Borang pindah pusat 6 salinan,
- Surat kelulusan berpindah.
- Kenyataan semakan calon.
- Bayaran RM25.00. Bayaran dilakukan dalan bentuk kiriman wang / wang pos atas nama 'AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA'.
- Pengesahan pindah secara atas talian akan dilakukan oleh JPN setelah calon melaporkan diri di sekolah baharu.
6. PERMOHONAN PINDAH MENUMPANG
- Permohonan secara manual : Tarikh mula Pindah Menumpang 16 Mei tahun peperiksaan sehingga Peperiksaan Bertulis SPM Bermula.
- Kepilkan surat iringan sekolah
- Borang pindah 6 salinan
- Surat kelulusan berpindah
- Kenyataan semakan calon
- Bayaran RM25.00 . Bayaran dilakukan dalan bentuk kiriman wang / wang pos atas nama 'AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA'.
*Nota : Pada bahagian belakang kiriman wang / wang pos ditulis nama calon dan nombor telefon bimbit.